Monday, April 23, 2012

.::destinasi impian ::.

..selama nih aku teringin nak merayap tengok tempat orang..yang sebenarnya aku cuma nak melancong jer..tempat yang aku tringin nak g nih bagi aku seronok sangat sebab nye aku pon tak tau..tapi aku mmg nak sangat pergi tempat2 menarik yang ade kat Malaysia nih lagi2 macam...

The lost world of Tambun





Langkawi





Teluk Batik





Rantau Abang




the most adored place.. Balik Pulau, Penang. (yg nih betul wa ta tipu..)



(p/s : bler lah aku nak mrase durian lek lau nih?? hmm)



Saturday, March 10, 2012

..3 gambar, 3 cerita pendek..

..dah lama benar patik tidak bermadah. lebih 2 purnama rasanya tiada menyusun cerita..tapi kali nih cuma segarit kenangan yang ingin dikongsi bersama. patik selitkan lagi cerita yg ada..hehehe sekali cakap melayu lama rasa macam tringin nak pergi ke zaman kesultanan melayu dulu-dulu..okay lah, malas nak panjang2, lets zoom in~~~


nampak kan?? hehe..ni lah student kolej..walaupun dah besar panjang dan rendah..hehe tapi still main kapal kertas lagi..untuk rse awet muda..cuba lah try..(dah cuba, try lagi..) tapi yang sebenarnya, kapal2 tu adalah sebahagian dari program/aktiviti unit keusahawanan kami buat..pas kelas kita orang layarkan je lah kapal2 nih..pelabuhan blakang kiosk jer..


semasa kelas assembly kat bengkel, (kami kne wat praktikal) aku tnampak g-clamp yang comey2 nih..encik aku perkenalkan inilah "COMEL CLAMP"  hahaha one happy family at home! dari kiri tu, ayahnye, maknye, dan anak2 nyer..


lastly, inilah penghubung abadi yang sentiasa menjadi "POSTO POSTO" antara aku dan manja..pengikat kasih pon bley..hehe henset aku yg warna hitam tu..hehe 




Sunday, January 29, 2012

..pokok cili tersayang..

..aku ada tanam pokok cili kat asrama kolej..(huhuhu) sebab senang nak buat ulam makan dengan maggi..oleh kerana kolej aku nih dalam hutan dan umpama penjara Alcatraz dan susah bagi kami untuk keluar, jadi aku pon tanam lah pokok cili..member aku pon ade bcucuk tanam jugak..snang nak masak tak payah nak beli2 kat lua..

mula-mula aku tanam pokok cili nih, habis pokok aku kena serang ngan ulat..mencari-cari juga aku info kat internet, macam mana nak wat racun serangga untuk aku sembur kat pokok nih..dan aku dapat gak kawal ulat2 nih dari menjahanamkan pokok cili aku..


..nampak tak buah cili da kua hasil..


..tanaman herba yang lain..



..kecik lagi..





(p/s: seronok semalam g makan, jalan-jalan dengan anje..tq anje..)


Saturday, January 21, 2012

..2nd trip naik bas lompat..

Untuk raya cina ni aku rancang tak mau blek..sebab, minggu lepas tunang aku kata mungkin dia tak balik KL.. so, aku pon malas la nak balik.. Sebab kami dah janji lau nak balik Kolumpo nak balik sama-sama.. Rupa-rupanya, dia memang plan nak balik pon.. So, slame lebih kurang seminggu kami agak renggang.. ada sampai satu masa tu, yang memang aku nangis..dia menjauhkan diri dan aku pula tak tentu arah sekejap..kejap je.. skip..skip..skip tut..tut..tut.. rupanya dia merajuk sebab beberapa pekara..dan aku minta maaf kat dia..esoknya aku nangis depan dia.. aku kate aku rindu kan dia..depan budak2 yang lain aku menangis..( tak de la sampai meraung, meroyan ape lau meraung bagai..)..so, lepas dah lama kami cakap2, problem pon settle.. Alhamdulillah.. Okay, hari Jumaat pon menjelma, aku ditabalkan menjadi salah seorang Badan Perwakilan Pelajar (BPP), walaupun aku tak nak, tapi terpaksa akur.. Manja aku tak dapat walaupun dia tercalon..plus dia memang tak mau.. pastu semalam dia kata, time dia dapat tau aku terpilih jadi BPP dia pon rasa nak terpilih jadi BPP juga tapi tak de rezeki..plus, lau dia jadi BPP nanti keje entah ke mana, tapi dia ngan aku dok berkepit je.. HAHAHA XD Betul juga tuh.. Dan aku tak da kelas sepanjang hari Jumaat, manja aku ada.. petang tu dia call aku tanya aku nak balik ke tak, aku kata camni,

Ael: Tak balik..lau manja nak balik, balik la..
Manja: Nak orang temankn kat sini tak?
Ael: Nak, tapi lau nak balik, balik lah manja..orang tak halang pon..

Aku dapat tau dia tulis nama kat borang pelajar yang tak balik masa cuti. Nama aku Mia tolong isikan..tengs Mia.. Malam tu, aku belikan makanan untuk manja aku..Mia blikan untuk membe dia. Kita orang makan kat tempat makan kolej.. sunyi kolej takde orang.. Mak cik guard pon tak der.. so, aku yang kena jaga2 asrama puteri just in case takot pape terjadi..

(nape tetibe lagu chok chok kendong bmain kat kepala aku nih?)

pukul 9 camtu, kita makan sama-sama..aku pon dapat luangkan masa ngan manja aku.. Dah lama kami tak bgurau cam dulu..lepas tu YB datang..bawak laptop..emm tgok movie kat laptop dia entah sampai pkul bape abis..hahaha malam tu manja aku kata esok (sabtu semalam) dia nak balik KL.. naik bas lompat.. dia ajak aku.. Aku mula-mula rasa keliru..nak blek ke tak nak..nak ke tak nak..last2 aku putus kan yang aku nak follow dia blek.. aku minta tolong Mia hantakan aku kat stasen bas. Dia YB yang hantar. Time kita orang kat stesen bas, bermulalah kseronokan kami..aku lagi seronok sebab dia yang keluar banyak duit..hehehe kesian manja aku..tapi aku bukan pisau cukur okay.. aku baru nak keluarkan dompet, nak bayar, dia dah hulur duit dulu kat penjual.. tapi takder lah 100% spanjang perjalanan pakai duit dia.. aku pon faham keadaan dia macam mana.. dia study lagi macam aku..so, kita orang gilir2 lah..aku rasa aku cuma bayarkan dia tiket KTM jer..duit makan, tambang bas duit naik LRT, gula-gula semua dia yang payung.. banyak betul dia bkorban untuk aku.. Terima kasih manja..

Mula2 kami naik Patt hup ke AG..kat AG lama betul tunggu bas..so, makan dulu~~ makan roti canai sekeping cukup..sebab aku bukan jenis makan pagi..sekeping cukup, wat alas perut..tapi pepagi aku bantai minum ais..dan manja aku, dia minom kopi la..ape lagi.. dia hantu kopi.. HAHAHA xp
Kami naik bas Salira ke Tampin..kat sini pon tunggu bas lama juga..tengah hari macam tu baru dapat naik bas ke Seremban..sakit badan ouh..tapi seronok sebab balik ngan manja..penat laa..dia ajak makan dulu..tapi aku tengok jam dah petang, dia pon kata yang dia nak balik Penang.. so, aku nak kejar masa,plus aku tengah penat dan mengantuk..dia pon penat..kat atas bas tambang pon dia terlentok sebab penat sangat.. kat dlm komuter okay sket..sbb ada air-cond mula2, pas tu panas balik sebab orang dah stat ramai.. lepas nih kita orang naik KTM dari Sungai Gadut la senang..

Untuk naik LRT, lucu sket..sebab kita orang takde duit syiling yang cukup.. dia mula2 blikan token untuk aku, tapi time dia nak beli tiket syiling tak cukup 10sen..aku dok meraba poket aku..pastu aku tgk dalam dompet aku, jumpa pon 10sen..hehehe "manje nih..," dia kata kat aku..aku senyum jer..sorry ler..tak tau lak kat dalam purse ade 10sen..dia kena Q blek..hehehe

dah kat dalam LRT stesen aku dah sampai,so bpisah seketika la kami time nih..stesen dia lambat g..dia kata, time aku nak keluar dari LRT tu, dia rasa berat hati nak tengok aku pergi..sayu hati aku dia kata camtu..tak pe lah..nanti jumpa lagi kan..

emm..camtu la, 2nd trip aku balik Kolumpo..hahahaha pasni aku kena siapkan assignment, pastu ready for public speaking..Jumaat nih ade watikah perlantikan BPP.. Final year project..kena siapkan Journal for composite project..dan baru aku tau yang Cicak aku dari baka Egyptian Mau.. wauu...aku rindukan Cicak aku..

Saturday, January 14, 2012

..badan perwakilan pelajar..

..BPP (Badan Perwakilan Pelajar)..aku tercalon untuk dari salah sorang dri BPP. Name aku d pilih oleh lecturer.. nape aku lak? tak tau.. Aku ingat untuk semester ni cabaran yang aku terima tak de la sdasyat ini.. DAH LAH KNE REPEAT PAPER MATH!!!  macam mane nak pegang jawatan dalam BPP ? dan, hehehe manja aku pon  turut tercalon sekali. Tahniah laa.. HAHAHAHAHA XD

Mula-mula nak tarik diri lepas tu stelah d nasihatkn oleh penylaras BPP aku pikir balik..semahu mahunya aku tak nak di pilih sebab untuk jadi sorang BPP nih, kne ikot peraturan dan AKU BUKAN SUKA IKOT PERATURAN ! plus, aku maaaalas..tapi aku harap2 undian untuk aku nanti tak der..hehe tak payah nak undi sangat la..kalau aku still semester 2 ke 3 ke memang aku nak join BPP..tapi ni dah tahun akhir dah..sibuk dengan final year project..acamna tu..

Sebagai pencalon BPP, bkempen adalah di mestikan. OMG~ emm kita tunggu dan lihat je la nnt...

Monday, December 26, 2011

.. ini kebun ayah dan diceroboh ! ..

........


Plan aku nak ikot ayah aku pergi ke kebun dia. Tapi atas beberapa sebab dan aku pulak tengah merajuk (hahh !!!) aku pon tak ikot lah.. Aku dah teringin sangat-sangat nak ke kebun ayah aku tuh. (T_T) dan aku dapat tau yang segala BUAH-BUAHAN yang ayah aku tanam dah di CURI ORANG!! kali terakhir ayah aku pergi tengok buah2 tu belum masak lagi. Ada yang baru berbunga. Lagi-lagi durian. Banyak yang tergantung-gantung kat pokok-pokoknya lagi. Ingat pergi ke kebun kali nih dapat la merasa buah hasil tanam tangan sendiri tapi hampeh. Menurut beberapa jiran kebun, diaorang kata ada orang luar datang ke kebun ayah aku bawak lori sekali. HARAM JADAH BETUL !! Kau nak buah, kau tanam la sendiri. Banyak lagi tanah terbiar kat Selangor ni kan.Tak ade adab ke masuk kebun orang amik hasilnya? Ke dah tinggi sangat kasta sampai selamba dek je ceroboh tempat orang lain? Yang tinggal cuma pulasan ngan rambutan yang tak sampai separuh guni jer. Menyumpah seranah aku dalam hati.

Kebun tu tak der lah besar mane. Tapi cukuplah untuk tanam pokok, nanti dapat hasilnya nak jugak di jual. Duit dari penjualan buah tu dapat lah ayah aku kumpul buat repair rumah nih. Walau tak banyak tapi masih bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Tapi apa nak buat buah di curi orang. Kebun ayah aku tu dekat dengan tempat pelupusan sampah. Tapi bau sampah tak de lak terbau kat kebun tuh. Lalat sampah pon kurang. Lalat buah ade lah aku jumpa ari tu. Kebun ni jugak terletak kat Hulu Selangor, jalan nak ke Kalumpang sana tu. Sekitar kebun ayah aku pun banyak jugak kebun-kebun orang lain yang tak kurang hebatnya ngan tanaman-tanaman buah dan sayur mereka. Kat kebun tu jugak ayah aku ada buatkan pondok kecil, cukup untuk rehat2 bila kita orang datang ke kebun nih. Tapi sejak kena ceroboh nih, pondok tu dah rosak. Habis ukiran-ukiran kayu yang ayah aku simpan kat pondok tu dicuri orang. Nak wat macam mana..orang yang niat jahat hati dia lagi busuk dari bangkai babi tepi paya tuh.

TADAA~~ inilah kebun ayah aku tuh...





Saturday, December 24, 2011

.. :: Adi Satria Naga :: Review mlalui sudut pandangan aku..





Emm..kat atas tu novel yang aku baru beli, dan aku amat puas hati dengan plot serta jalan ceritanya. Tapi review pasal novel ni aku akan cerita kejap lagi..sebelum nih aku ada cerita tak yang aku sememangnya ada hobi?


.  .  .


takde rasanya. So,aku adalah seorang yang suka membaca. Novel-novel cinta adalah novel yang menjadi ksukaan (suka suki hati ini~~) aku masa awal tingkatan satu. Tapi makin mnginjak dewasa ni membuatkan selera untuk membaca buku-buku jiwang berkurangan.. sedihnya ayat dewasa tu, membawa maksud yang aku bukan muda lagi .. (TAT) 


Jadi aku mencari buku-buku yang berunsurkan diari kehidupan, kemasyarakatan, nilai hidup, misteri dan... (ape namenye tu..aduh dah lupa perkataan tu..adventure dalam bahaa melayu ape ek? jap..google translet sat..ahh pengembaraan) dan pengembaraan.. Selalunya novel english yang banyak element adventure nih. Tapi, untuk makluman, aku kurang berminat ngan novel english nih.. (kalau kursus dip. aku sepenuhnya dalam bahasa melayu aku yakin yang aku akan dapat anugerah dekan, namun itu semua cuma angan2 mat jenin)


Untuk beberap tahun, nafsu membaca aku menurun.. aku lebih suka menyakat orang lain, mengorat budak lelaki lain (pftt! ade yang sangkut, hehehe padahal diaorang sendiri tau waktu tu aku memang suka jadi single (sbb time tu aku cuma suka 'seseorang' ni : singa)..maybe sebab aku tak macam dak perempuan yang lain kot..).. bergaduh ngan sekolah sebelah sebab nak cover member..(ish3..tak molek betul anak dara gaduh2..) aku gaduh mulut jer, ayat nganjing mesti mau pedas..kalau mulut semanis karamel time2 mengayat , time gaduh lak mulut mesti setajam pisau belit..tapi tu zaman jahiliah..hehehe setahun je zaman tu.. 


Selepas itu, aku tergrak hati untuk pergi ke kedai buku. Sebab waktu tu ah lame aku tak jejak kaki ke kedai buku tu.. Mata aku meniti tiap satu, satu buku yang ada kat situ, dari seksyen 'Rujukan Agama' ke 'Motivasi Diri', dari 'Motivasi Diri' ke 'Novel'... Seksyen novel banyak sungguh novel cinta-cinta nih. Kebanyakkan judul buku mesti ada perkataan 'RINDU', 'CINTA', dan 'KASIH'..dan kebanyakkan hero dan heroinnya pula salah seorang mesti dari golongan elit. Yakni, yang pangkal namanya ada 'Tengku','Engku', 'Raja'.. Nama pun yang unik bin terlalu menarik. Betul kan? Itu yang membuat aku rasa bosan sekejap dengan novel cinta nih. Kenapa aku susah nak cari buku cinta yang berlatarkan kehidupan biasa (no tengku-tengku, takde orang kaya-kaya..cuma orang biasa) tetapi mempunyai jalan cerita yang lain-dari yang lain. Yang jalan ceritanyanya melangkaui pemikiran biasa manusia. Mungkin ada, dan aku terlepas pandang. Tapi tak banyak, mungkin.  


Setelah lama aku tawaf satu kedai buku nih, aku terlihat satu diari kehidupan (review tu akan aku buat next entry) Ayat yang dikarangnya mudah dan santai saja. Tapi sewaktu saya baca buku tersebut, penulis buku tu melakar jalan cerita sarat dengan ciri-ciri kesederhanaan dalam hidup, nilai-nilai murni dan sememangnya novel diari kehidupan yang mampu beri motivasi kepada pembaca. Aku pun beli buku tersebut dan beberapa buah buku bacaan ringan yang lain. Sejak itu, aku rasa nak beli buku lag..nak lagi, dan lagi. Cuma beberapa tahun, almari buku empat tingkat aku hampir penuh. Aku memang tak mampu untuk beli buku banyak-banyak. Sebab aku cuma orang biasa-biasa saja. Ada duit jalan, tak der duit diam. :) Itu pun dah buat aku bersyukur dan bangga dengan koleksi buku-buku novel aku + komik.. Ya, aku juga penggila komik. Tapi sekarang aku lebih suka beli buku novel bacaan ringan sebab sekarang semua cerita menarik gile celeng* (ayat yang dtanda * tidak sesuai digunakan dalam kehidupan seharian sebagai percakapan rasmi dansebarang urusan rasmi, sebab celeng bermaksud babi..) 


......................................................................................................................................................................................................


Okay okay..sekarang aku nak cerita sikit pasal novel adisatria naga or dalam bahasa englishnya dragon knight (agaknye la kot, aku hentam jer..).. ini dia sinopsisnya (aku kopi pasta jer hekhekhek) :

Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari!
Di dunia ini, kerajaan Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak.
Di dunia ini, kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan.
Di dunia ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia!

Aku dah baca novel ni, memang best. Bermula dari mukasurat yang pertama aku menjamah setiap ayat yang dicetak. Sambil itu, otak aku pula memproses maklumat yang aku baca dan menterjemahkan dalam bentuk bayangan cerita tersebut. Ouh Sememangnya aku diheret ke dalam buku untuk merasa atmosfera zaman lampau yang  diceritakan. Aku mula membaca dari pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Mata aku langsung tak ngantuk semasa aku baca novel tu. Dan sekarang aku tengah tunggu sambungannya.Ya, pengakhiran novel ni tergantung, membawa maksud ceritanya masih panjang. Tuah untuk aku sebab aku boleh merasa lagi pengalaman Haikal yang tercampak ke zaman kesultanan melayu Melaka dan kewujudan naga. Kalaulah betul-betul terjadi, menariknya dunia.. AHAHAHA XD wooo aku suka novel nih.