Emm..kat atas tu novel yang aku baru beli, dan aku amat puas hati dengan plot serta jalan ceritanya. Tapi review pasal novel ni aku akan cerita kejap lagi..sebelum nih aku ada cerita tak yang aku sememangnya ada hobi?
. . .
takde rasanya. So,aku adalah seorang yang suka membaca. Novel-novel cinta adalah novel yang menjadi ksukaan (suka suki hati ini~~) aku masa awal tingkatan satu. Tapi makin mnginjak dewasa ni membuatkan selera untuk membaca buku-buku jiwang berkurangan.. sedihnya ayat dewasa tu, membawa maksud yang aku bukan muda lagi .. (TAT)
Jadi aku mencari buku-buku yang berunsurkan diari kehidupan, kemasyarakatan, nilai hidup, misteri dan... (ape namenye tu..aduh dah lupa perkataan tu..adventure dalam bahaa melayu ape ek? jap..google translet sat..ahh pengembaraan) dan pengembaraan.. Selalunya novel english yang banyak element adventure nih. Tapi, untuk makluman, aku kurang berminat ngan novel english nih.. (kalau kursus dip. aku sepenuhnya dalam bahasa melayu aku yakin yang aku akan dapat anugerah dekan, namun itu semua cuma angan2 mat jenin)
Untuk beberap tahun, nafsu membaca aku menurun.. aku lebih suka menyakat orang lain, mengorat budak lelaki lain (pftt! ade yang sangkut, hehehe padahal diaorang sendiri tau waktu tu aku memang suka jadi single (sbb time tu aku cuma suka 'seseorang' ni : singa)..maybe sebab aku tak macam dak perempuan yang lain kot..).. bergaduh ngan sekolah sebelah sebab nak cover member..(ish3..tak molek betul anak dara gaduh2..) aku gaduh mulut jer, ayat nganjing mesti mau pedas..kalau mulut semanis karamel time2 mengayat , time gaduh lak mulut mesti setajam pisau belit..tapi tu zaman jahiliah..hehehe setahun je zaman tu..
Selepas itu, aku tergrak hati untuk pergi ke kedai buku. Sebab waktu tu ah lame aku tak jejak kaki ke kedai buku tu.. Mata aku meniti tiap satu, satu buku yang ada kat situ, dari seksyen 'Rujukan Agama' ke 'Motivasi Diri', dari 'Motivasi Diri' ke 'Novel'... Seksyen novel banyak sungguh novel cinta-cinta nih. Kebanyakkan judul buku mesti ada perkataan 'RINDU', 'CINTA', dan 'KASIH'..dan kebanyakkan hero dan heroinnya pula salah seorang mesti dari golongan elit. Yakni, yang pangkal namanya ada 'Tengku','Engku', 'Raja'.. Nama pun yang unik bin terlalu menarik. Betul kan? Itu yang membuat aku rasa bosan sekejap dengan novel cinta nih. Kenapa aku susah nak cari buku cinta yang berlatarkan kehidupan biasa (no tengku-tengku, takde orang kaya-kaya..cuma orang biasa) tetapi mempunyai jalan cerita yang lain-dari yang lain. Yang jalan ceritanyanya melangkaui pemikiran biasa manusia. Mungkin ada, dan aku terlepas pandang. Tapi tak banyak, mungkin.
Setelah lama aku tawaf satu kedai buku nih, aku terlihat satu diari kehidupan (review tu akan aku buat next entry) Ayat yang dikarangnya mudah dan santai saja. Tapi sewaktu saya baca buku tersebut, penulis buku tu melakar jalan cerita sarat dengan ciri-ciri kesederhanaan dalam hidup, nilai-nilai murni dan sememangnya novel diari kehidupan yang mampu beri motivasi kepada pembaca. Aku pun beli buku tersebut dan beberapa buah buku bacaan ringan yang lain. Sejak itu, aku rasa nak beli buku lag..nak lagi, dan lagi. Cuma beberapa tahun, almari buku empat tingkat aku hampir penuh. Aku memang tak mampu untuk beli buku banyak-banyak. Sebab aku cuma orang biasa-biasa saja. Ada duit jalan, tak der duit diam. :) Itu pun dah buat aku bersyukur dan bangga dengan koleksi buku-buku novel aku + komik.. Ya, aku juga penggila komik. Tapi sekarang aku lebih suka beli buku novel bacaan ringan sebab sekarang semua cerita menarik gile celeng* (ayat yang dtanda * tidak sesuai digunakan dalam kehidupan seharian sebagai percakapan rasmi dansebarang urusan rasmi, sebab celeng bermaksud babi..)
......................................................................................................................................................................................................
Okay okay..sekarang aku nak cerita sikit pasal novel adisatria naga or dalam bahasa englishnya dragon knight (agaknye la kot, aku hentam jer..).. ini dia sinopsisnya (aku kopi pasta jer hekhekhek) :
Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari!
Di dunia ini, kerajaan Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak.
Di dunia ini, kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan.
Di dunia ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia!
Aku dah baca novel ni, memang best. Bermula dari mukasurat yang pertama aku menjamah setiap ayat yang dicetak. Sambil itu, otak aku pula memproses maklumat yang aku baca dan menterjemahkan dalam bentuk bayangan cerita tersebut. Ouh Sememangnya aku diheret ke dalam buku untuk merasa atmosfera zaman lampau yang diceritakan. Aku mula membaca dari pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Mata aku langsung tak ngantuk semasa aku baca novel tu. Dan sekarang aku tengah tunggu sambungannya.Ya, pengakhiran novel ni tergantung, membawa maksud ceritanya masih panjang. Tuah untuk aku sebab aku boleh merasa lagi pengalaman Haikal yang tercampak ke zaman kesultanan melayu Melaka dan kewujudan naga. Kalaulah betul-betul terjadi, menariknya dunia.. AHAHAHA XD wooo aku suka novel nih.
No comments:
Post a Comment