Monday, December 26, 2011

.. ini kebun ayah dan diceroboh ! ..

........


Plan aku nak ikot ayah aku pergi ke kebun dia. Tapi atas beberapa sebab dan aku pulak tengah merajuk (hahh !!!) aku pon tak ikot lah.. Aku dah teringin sangat-sangat nak ke kebun ayah aku tuh. (T_T) dan aku dapat tau yang segala BUAH-BUAHAN yang ayah aku tanam dah di CURI ORANG!! kali terakhir ayah aku pergi tengok buah2 tu belum masak lagi. Ada yang baru berbunga. Lagi-lagi durian. Banyak yang tergantung-gantung kat pokok-pokoknya lagi. Ingat pergi ke kebun kali nih dapat la merasa buah hasil tanam tangan sendiri tapi hampeh. Menurut beberapa jiran kebun, diaorang kata ada orang luar datang ke kebun ayah aku bawak lori sekali. HARAM JADAH BETUL !! Kau nak buah, kau tanam la sendiri. Banyak lagi tanah terbiar kat Selangor ni kan.Tak ade adab ke masuk kebun orang amik hasilnya? Ke dah tinggi sangat kasta sampai selamba dek je ceroboh tempat orang lain? Yang tinggal cuma pulasan ngan rambutan yang tak sampai separuh guni jer. Menyumpah seranah aku dalam hati.

Kebun tu tak der lah besar mane. Tapi cukuplah untuk tanam pokok, nanti dapat hasilnya nak jugak di jual. Duit dari penjualan buah tu dapat lah ayah aku kumpul buat repair rumah nih. Walau tak banyak tapi masih bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Tapi apa nak buat buah di curi orang. Kebun ayah aku tu dekat dengan tempat pelupusan sampah. Tapi bau sampah tak de lak terbau kat kebun tuh. Lalat sampah pon kurang. Lalat buah ade lah aku jumpa ari tu. Kebun ni jugak terletak kat Hulu Selangor, jalan nak ke Kalumpang sana tu. Sekitar kebun ayah aku pun banyak jugak kebun-kebun orang lain yang tak kurang hebatnya ngan tanaman-tanaman buah dan sayur mereka. Kat kebun tu jugak ayah aku ada buatkan pondok kecil, cukup untuk rehat2 bila kita orang datang ke kebun nih. Tapi sejak kena ceroboh nih, pondok tu dah rosak. Habis ukiran-ukiran kayu yang ayah aku simpan kat pondok tu dicuri orang. Nak wat macam mana..orang yang niat jahat hati dia lagi busuk dari bangkai babi tepi paya tuh.

TADAA~~ inilah kebun ayah aku tuh...





Saturday, December 24, 2011

.. :: Adi Satria Naga :: Review mlalui sudut pandangan aku..





Emm..kat atas tu novel yang aku baru beli, dan aku amat puas hati dengan plot serta jalan ceritanya. Tapi review pasal novel ni aku akan cerita kejap lagi..sebelum nih aku ada cerita tak yang aku sememangnya ada hobi?


.  .  .


takde rasanya. So,aku adalah seorang yang suka membaca. Novel-novel cinta adalah novel yang menjadi ksukaan (suka suki hati ini~~) aku masa awal tingkatan satu. Tapi makin mnginjak dewasa ni membuatkan selera untuk membaca buku-buku jiwang berkurangan.. sedihnya ayat dewasa tu, membawa maksud yang aku bukan muda lagi .. (TAT) 


Jadi aku mencari buku-buku yang berunsurkan diari kehidupan, kemasyarakatan, nilai hidup, misteri dan... (ape namenye tu..aduh dah lupa perkataan tu..adventure dalam bahaa melayu ape ek? jap..google translet sat..ahh pengembaraan) dan pengembaraan.. Selalunya novel english yang banyak element adventure nih. Tapi, untuk makluman, aku kurang berminat ngan novel english nih.. (kalau kursus dip. aku sepenuhnya dalam bahasa melayu aku yakin yang aku akan dapat anugerah dekan, namun itu semua cuma angan2 mat jenin)


Untuk beberap tahun, nafsu membaca aku menurun.. aku lebih suka menyakat orang lain, mengorat budak lelaki lain (pftt! ade yang sangkut, hehehe padahal diaorang sendiri tau waktu tu aku memang suka jadi single (sbb time tu aku cuma suka 'seseorang' ni : singa)..maybe sebab aku tak macam dak perempuan yang lain kot..).. bergaduh ngan sekolah sebelah sebab nak cover member..(ish3..tak molek betul anak dara gaduh2..) aku gaduh mulut jer, ayat nganjing mesti mau pedas..kalau mulut semanis karamel time2 mengayat , time gaduh lak mulut mesti setajam pisau belit..tapi tu zaman jahiliah..hehehe setahun je zaman tu.. 


Selepas itu, aku tergrak hati untuk pergi ke kedai buku. Sebab waktu tu ah lame aku tak jejak kaki ke kedai buku tu.. Mata aku meniti tiap satu, satu buku yang ada kat situ, dari seksyen 'Rujukan Agama' ke 'Motivasi Diri', dari 'Motivasi Diri' ke 'Novel'... Seksyen novel banyak sungguh novel cinta-cinta nih. Kebanyakkan judul buku mesti ada perkataan 'RINDU', 'CINTA', dan 'KASIH'..dan kebanyakkan hero dan heroinnya pula salah seorang mesti dari golongan elit. Yakni, yang pangkal namanya ada 'Tengku','Engku', 'Raja'.. Nama pun yang unik bin terlalu menarik. Betul kan? Itu yang membuat aku rasa bosan sekejap dengan novel cinta nih. Kenapa aku susah nak cari buku cinta yang berlatarkan kehidupan biasa (no tengku-tengku, takde orang kaya-kaya..cuma orang biasa) tetapi mempunyai jalan cerita yang lain-dari yang lain. Yang jalan ceritanyanya melangkaui pemikiran biasa manusia. Mungkin ada, dan aku terlepas pandang. Tapi tak banyak, mungkin.  


Setelah lama aku tawaf satu kedai buku nih, aku terlihat satu diari kehidupan (review tu akan aku buat next entry) Ayat yang dikarangnya mudah dan santai saja. Tapi sewaktu saya baca buku tersebut, penulis buku tu melakar jalan cerita sarat dengan ciri-ciri kesederhanaan dalam hidup, nilai-nilai murni dan sememangnya novel diari kehidupan yang mampu beri motivasi kepada pembaca. Aku pun beli buku tersebut dan beberapa buah buku bacaan ringan yang lain. Sejak itu, aku rasa nak beli buku lag..nak lagi, dan lagi. Cuma beberapa tahun, almari buku empat tingkat aku hampir penuh. Aku memang tak mampu untuk beli buku banyak-banyak. Sebab aku cuma orang biasa-biasa saja. Ada duit jalan, tak der duit diam. :) Itu pun dah buat aku bersyukur dan bangga dengan koleksi buku-buku novel aku + komik.. Ya, aku juga penggila komik. Tapi sekarang aku lebih suka beli buku novel bacaan ringan sebab sekarang semua cerita menarik gile celeng* (ayat yang dtanda * tidak sesuai digunakan dalam kehidupan seharian sebagai percakapan rasmi dansebarang urusan rasmi, sebab celeng bermaksud babi..) 


......................................................................................................................................................................................................


Okay okay..sekarang aku nak cerita sikit pasal novel adisatria naga or dalam bahasa englishnya dragon knight (agaknye la kot, aku hentam jer..).. ini dia sinopsisnya (aku kopi pasta jer hekhekhek) :

Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari!
Di dunia ini, kerajaan Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak.
Di dunia ini, kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan.
Di dunia ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia!

Aku dah baca novel ni, memang best. Bermula dari mukasurat yang pertama aku menjamah setiap ayat yang dicetak. Sambil itu, otak aku pula memproses maklumat yang aku baca dan menterjemahkan dalam bentuk bayangan cerita tersebut. Ouh Sememangnya aku diheret ke dalam buku untuk merasa atmosfera zaman lampau yang  diceritakan. Aku mula membaca dari pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Mata aku langsung tak ngantuk semasa aku baca novel tu. Dan sekarang aku tengah tunggu sambungannya.Ya, pengakhiran novel ni tergantung, membawa maksud ceritanya masih panjang. Tuah untuk aku sebab aku boleh merasa lagi pengalaman Haikal yang tercampak ke zaman kesultanan melayu Melaka dan kewujudan naga. Kalaulah betul-betul terjadi, menariknya dunia.. AHAHAHA XD wooo aku suka novel nih.






Sunday, December 11, 2011

..terima kasih, pengantin baru..

..apa kena mengena ngan title ari nih? adakah untuk berterima kasih kat pihak pengantin sebab menjemput kami sekeluarga memeriahkan majlis mereka? itu sudah semestinya.. adakah berterima kasih sebab menjamu kami2 yang memang kelaparan? itu diantara sebabnya.. XD

setiap kali ayah ngan mak aku pergi ke jemputan kahwin (slalunye setiap hari sabtu ngan ahad ada jemputan kat kawasan perumahan aku..wajid ada..). aku tak ikot sebab aku kan belajar kat melaka..lepas tu kan, setiap jemputan akan dapat buah hati eh silap cenderahati..haa dapat la cenderahati dari pihak pengantin..so macam2 jenis cenderahati yang kami (mak ayah aku..) dapat..seperti cawan..sapu tangan..dan lain2 lagi..hasil kraftangan pon belambak dapat..

bukan tak hargai pemberian orang lain, cuma cenderahati yg kami dapat terlalu la maha banyaknye samapai takde tempat nak simpan lagi..last2 ade yg dbuang..ade yg rosak dan ade yg buat kain buruk jer..(sapu tangan)
hohoho dan ade yang bagi cawan..okay cawan kalau bleh kite guna untuk menjamu para tetamu aku bleh terima tapi lau cawan kecik yg untuk hiasan.. hmmmm i dont think so..aku mmg ade hobi untuk mengumpul barang tapi bukan barang yg macam bahan seramik cam cawan tu..dah terlalu byak..so, aku cakap kat adik aku..

Aelrich : Aiman, pasni lau kau kawen kau jgn bagi hadiah yg tak boleh d makan untuk para jemputan..
Aiman: kenape kak?
Aelrich..kau tengok ape dah jadi atas meja kat dapur tu..


Aelrich: tu telur rebus tu pon tak termakan lagi..sampai tembelang dah..kau nak makan ke hmm..hehehehehe
Aiman: Ouh...

yup..camtu lah..dah jadi macam galeri seni dah..takde tempat lagi nak letak baranag pemberian orang kawen nih...almari, laci-laci bakul-bakul dah penuh ngan barang2 canderahati..dan semakin bertambah....................

..my manje..

...ouh dunia nak tau satu cerita? saya ada seseorang d dalam hati..dia tinggi..dia gemok..dia comel macam bear..dia manja macam kucing parsi..dia dapat anugerah KAWAD KAKI TERBAIK ANUGERAH JABATAN PERTAHANAN AWAM..dia tak suka makan nasi himpit so dia benci lontong..dia dah rentung sebab kena seksa berkawad kaki..dia manis tapi kurang hensem..dia bear Aelrich..dia simple..dia pernah men ragbi.. lau tak silap..mse sekolah dia rumah biru..rumah WIRA..pelajar asrama blok 8..sangat la segak bila dia pakai songkok..n i love u manja..



ce cari siapakah orgnyer..

..merayap d batu caves..

...kat batu caves ada apa? TING!! KUIL HINDU!!.. TETTT...SALAH~~ kat batu caves bukan ade kuil saja tapi dsebalik tu ade pusat rekreasi yang mmg cambest untuk dkunjung..cube usha ape yg ade kat sne..first ade tempat untuk climbing~ (wahuuu) pastu ade resort + homestay..dan ni ade beberape picture yg sempat aku snap2...hehe (ice-blended kat c 2 sedap~ <3)








tu je untuk entri kali nih..cau~

Saturday, December 10, 2011

..cemburu..

..dan manja aku ada kawan..emm best friend.. (o'ouh)..bagi aku sangat lawa..sangat gergeous..so stylish and feminine..(amat bertentangan ngan karekter aku..)even manja aku kata dulu best friend dia agak boyish zaman sekolah tapi aku cuma nampak kgadisan saja dari segi gambar dan ayat2 yang dia slalu update kat facebook wall dia..dan yes aku add best friend manja aku dan dia memang menarik.. ayat agak macam aku ttambat hati pada best friend manja aku kan..tapi aku rasa kagum sebab best friend manja aku tu lawa..dalam masa aku cemburu..dan rasa rendah diri..(sangat2 rendah diri)..reason aku adalah,

1) Aku tak sekurus (aku nih chubby) best friend manja aku.
2) Aku tak selawa best friend manja aku.
3) Aku sorang yang malas nak bergaya 24 hours..(pakai tudung belit2, baju lawa2 ngan cardigan sume tu bagai..) sebab aku simple dan selesa ngan jeans and t-shirt..tudung sarung cukup..(atau aku terlalu simple hmm?)
4) Aku juga tak semuda best friend manja aku..(aku tua 14 bulan dari manja aku..cam ne bley tak tjadi jeles kan..)
5) Best friend manja aku lagi lama bkawan dan saling contact each other lebih lama dari aku.. (o'ouh..i'm in danger zone)

Jadi, apa yang patut aku buat. mestikah aku suruh manja aku putuskan hubungan ngan best friend dia? ITU TAK MUNGKIN AKU LAKUKAN! sebab permintaan aku tu akan buat manja aku rasa terkongkong, lagi pon aku bukan jenis yang suka tengok perpisahan orang lain. (TAT)
Habis apa? Aku pon tak tau la nyah..hati manusia senang berubah. Macam2 benda negatif dan positif berlegar dalam kepala otak aku skang.. Alangkah kalutnya aku kalau hilang orang yang tersayang. tapi aku percayakan manja aku. (not 80 % ! )..Akhirnya aku wat keputusan untuk cuba tangani kecemburuan aku nih..

1) Mengenalpasti : Siapakah dia yang aku cemburu? sebab ape aku jeles? ouh..manja aku ngan bes fren dia wat aku rasa cemburu..
2) Situasi : Aku cuba tengok situasi yang sedang berlaku..manja aku dah lama kenal ngan bes fren dia. sejak dari bangku sekolah lagi..okay
3) Fokus : aku renungkan balik situasi dan cuba asingkan antara realiti dan benda2 yang karut marut dalam kepala otak aku skang. biar nampak jelas dan terang drama yg sedang aku lalui.
4) Perbincangan : Aku bagi tau manja aku yang aku dilanda rasa cemburu. Dia kata dia cuma kawan baik saja antara dia dan kawan dia. Tak lebih dari tu.
5) Fikir positif : Aku rasa senang hati lepas dengar dia cakap macam tu (sket lah..tapi bkurangan dah rasa cemburu tu..)..dan cuba untuk fikirkan yang terbaik..

Lima faktor yang buat aku cemburu dtangani oleh lima langkah untuk aku kawal kjelesan aku...hehehe aku bangga ngan diri aku...acececeh...


Friday, December 9, 2011

..cerita suku jalan..

..camne nak mula kan cerita ek..emm..tadi aku g parkson yang baru buka kat ngan danau kota tu..mak aii, tbaek la weh..aku tak sempat + bkesempatan untuk men tangkap tangkap gamba nih sebab aku kua bsame mak ngan adik aku dan amat pantanglah mak aku tu lau nampak aku tetiba snap2 gamba..tak memasal aku kne cop berlagak ngan mak aku..ehehe..so tak xde la gamba2.. heeehehe..lastly, cam biasa, bler kita dah ade someone yg kita sayang sangat dalam ati nih, kita sntiasa ingat kat dia, rindu dia..nanti lau aku jumpa dia aku plangkung, aku cubit aku gigit dia puas2..hey..geram sangat aku ngan dia nih tau..( aku maksud kan aku tengah rindu dia sangat2..) tringat satu malam ni, dia act mcm mak nyah..sumpah aku gelak gile babun tgk karenah dia.."mak dah lame tak buat keje nih tau nyah.." tu la ayat yang dia sebut ngan lenggok bapok skali... HAHAHAHA karenah dia slalu wat aku senyum n gelak..sebab tu aku sangkut ngan manje aku..